UNIT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ditubuhkan pada tahun 2018 di bawah Pejabat Naib Canselor dan dipindahkan serta dijenamakan semula di bawah Bahagian Pematuhan Syariah, Integriti, Pengurusan Risiko dan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SCIROSH) pada tahun 2021. Unit ini bertanggungjawab memastikan keselamatan, kesihatan dan persekitaran pekerjaan warga USIM serta pelanggan USIM sentiasa berada di tahap optima

Fungsi

Membuat perancangan dan melaksanakan program serta aktiviti berkaitan ke arah satu tempat kerja yang selamat dan sihat untuk warga USIM dan orang lain

Melaksanakan pengauditan & pemeriksaan tempat kerja, semua ruang bangunan dan kemudahan universiti

Membuat penyiasatan ke atas aduan, kemalangan nyaris, kemalangan dan penyakit pekerjaan dan keracunan pekerjaan

Mengurus sisa bahan kimia terjadual untuk tujuan pelupusan mengikut perundangan yang berkaitan

Menjadi sekretariat dan unit penyelaras kepada Jawatankuasa Induk JKKP dan program serta aktiviti berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang dijalan di Universiti

Melaksanakan pemantauan terhadap bahaya kesihatan di tempat kerja berpunca daripada aktiviti kerja yang dijalankan

Mengadakan dan menganjurkan program latihan, promosi dan galakan, ceramah dan kempen berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan

Pautan Pantas

Dokumen Rujukan

Hubungi kami

ALAMAT

ALAMAT

Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Bahagian Pematuhan Syariah, Integriti, Pengurusan Risiko dan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SCIROSH)
Aras 2, Pusat Komersil
Universiti Sains Islam Malaysia
Bandar Baru Nilai, Nilai
Negeri Sembilan darul Khusus

E-MEL

E-MEL

wmhilmi@usim.edu.my

TELEFON

TELEFON

06-798 6165