FUNGSI BAHAGIAN

Pusat Pematuhan Syariah, Integriti, Pengurusan Risiko dan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SCIROSH) mempunyai tiga (2) bahagian dan fungsi bagi setiap bahagian dipecahkan kepada seksyen seperti berikut:

BAHAGIAN PENGURUSAN, PEMATUHAN SYARIAH, PENGURUSAN RISIKO DAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

Bahagian Pengurusan, Pematuhan Syariah dan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan mempunyai tiga (3) seksyen dan tidak termasuk  Seksyen Pentadbiran. Tiga Seksyen iaitu Seksyen Pematuhan Syariah dan Seksyen Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Fungsi bagi setiap seksyen adalah seperti berikut:

SEKSYEN PENTADBIRAN

  1. Pengurusan SCIROSH
  2. Pengurusan Aset
  3. Sistem Fail & Dokumentasi
  4. Pengurusan Kewangan
  5. Urus setia Mesyuarat Pentadbiran
  6. Latihan dan Pembangunan Staf
  7. Program Umum Universiti

SEKSYEN PEMATUHAN SYARIAH

    1. Merangka dan melaksanakan dasar serta pelan pematuhan syariah universiti.
    2. Menjadi urus setia kepada Mesyuarat Panel Syariah.
    3. Merancang, melaksanakan dan menilai keberkesanan program pendidikan, kesedaran dan latihan pematuhan syariah.
    4. Menyediakan dokumentasi, garis panduan dan laporan pematuhan syariah untuk rujukan pengurusan dan pihak berkepentingan.
    5. Mengukuhkan jaringan kerjasama dengan pihak berkuasa agama, institusi pendidikan tinggi dan agensi berkaitan dalam aspek pematuhan syariah.
    6. Merancang dan mempergiatkan program pembudayaan Nilai Teras USIM (Al Qawiyy Al Amin)

SEKSYEN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

  1. Menggubal, melaksana dan memantau dasar serta pelan strategik berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di universiti.
  2. Menjadi urus setia kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan USIM.
  3. Merancang, menyelaras dan melaksanakan program, latihan serta audit keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
  4. Menyediakan garis panduan, bahan promosi, serta dokumentasi berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
  5. Menjalin kerjasama strategik dengan agensi luar, pengawal selia dan pihak industri berkaitan keselamatan pekerjaan.
  6. Menilai, memantau dan mengurus insiden, risiko dan aduan berkaitan keselamatan & kesihatan di tempat kerja.

SEKSYEN PENGURUSAN RISIKO

  1. Merangka dasar, pelan pengurusan risiko dan rangka kerja kawalan dalaman universiti.
  2. Menjadi urus setia kepada Jawatankuasa Pengurusan Risiko.
  3. Mengenalpasti, menganalisis, menilai dan memantau risiko universiti secara menyeluruh.
  4. Menyediakan laporan, dokumentasi serta profil risiko sebagai rujukan pengurusan.
  5. Menyelaras latihan, bengkel serta program kesedaran berkaitan pengurusan risiko.
  6. Mengurus kerjasama strategik dengan pihak berkuasa, agensi kerajaan dan industri dalam bidang pengurusan risiko.

.

.