SOALAN LAZIM (FAQ) PERISYTIHARAN HARTA UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

Perisytiharan Harta bermaksud perisytiharan harta kali pertama, harta tambahan, pelupusan harta dan termasuk pengakuan tiada perubahan ke atas pemilikan harta

Pemilikan Harta bermaksud harta yang dimiliki oleh pegawai atau isteri atau suaminya atau anaknya yang dipegang oleh mana-mana orang bagi pihak isteri atau suaminya atau anaknya

  • Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) – Peraturan 9, Jadual Kedua, Bahagian II
  • Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2002 – Pemilikan dan Perisytiharan Harta oleh Pegawai Awam
  • Pekeliling Pejabat Pendaftar Bilangan 7 Tahun 2010 – Pemilikan dan Perisytiharan Harta oleh Pegawai Universiti Sains Islam Malaysia

Harta bermaksud harta yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam menerusi Warta Kerajaan Malaysia P.U. (B) 559 bertarikh 30 November 1995 seperti berikut:

Harta Tak Alih:

  • Tanah, termasuk tanah yang diduduki di bawah lesen pendudukan sementara;
  • Segala jenis tempat kediaman seperti rumah, rumah pangsa, pangsapuri atau kondominium;
  • Bangunan, termasuk rumah kedai atau ruang kedai, ruang pejabat atau warung

Harta Alih:

  • Apa-apa bentuk wang tunai di mana jua dideposit atau disimpan;
  • Syer, saham, debentur, bon atau sekuriti lain;
  • Apa-apa bentuk lesen atau permit perdagangan, perniagaan atau komersial;
  • Apa-apa harta alih yang lain, termasuklah segala jenis kenderaan motor, barang kemas, keahliah kelab, perabot rumah dan alat sukan yang harga belian tiap-tiap satunya melebihi 6 bulan emolumen atau RM10,000.00 mengikut mana-mana yang lebih rendah

Borang permohonan yang telah lengkap diisi serta telah ditandatangani oleh Pegawai dan Ketua Jabatan perlu diserahkan kepada:

Seksyen Perkhidmatan
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Jabatan Pendaftar,
Aras 3, Bangunan Canselori,
Universiti Sains Islam Malaysia
(u/p: Puan Norhaida Abd Shukor)

Tidak boleh. Permohonan perlu dihantar secara borang hardcopy yang telah lengkap dan bertandatangan.

Periytiharan harta perlu dibuat oleh pegawai USIM melalui Ketua Jabatan masing-masing apabila:

  • Dilantik ke perkhidmatan di USIM
  • Dikehendaki oleh USIM
  • Memperolehi harta tambahan
  • Melupuskan harta
  • Sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima (5) tahun

Dikehendaki oleh USIM apabila pegawai tersebut diarahkan oleh Universiti seperti contoh kenaikan pangkat dan lain-lain.

Ya, pegawai perlu membuat salinan fotokopi borang permohonan untuk rekod pegawai. Dua (2) salinan asal (original) perlu dihantar kepada USIM

Ya, pegawai yang tidak mempunyai tambahan harta, perlu mengisi Borang Pengakuan Tiada Perubahan Ke Atas Pemilikan Harta, menurunkan tandatangan pegawai dan mendapatkan tandatangan Ketua Jabatan sebelum mengemukakan kepada urus setia

Ya, semua pegawai USIM adalah diwajibkan untuk membuat perisytiharan harta kepada USIM.

Pegawai yang gagal membuat perisytiharan harta boleh diambil tindakan tatatertib di bawah Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605)

Status perisytiharan harta pegawai boleh disemak menerusi Portal iStaff menggunakan akaun nombor staf dan kata laluan masing-masing.

  1. Klik pada menu sisi Capaian Individu
  2. Klik pada sub menu Maklumat Peribadi
  3. Klik pada sub menu Profil Kakitangan
  4. Klik pada tab Maklumat Peribadi
  5. Lihat pada ruangan Status Perisytiharan Harta

Semua pegawai dikehendaki membuat satu salinan borang permohonan untuk simpan peribadi bagi tujuan semakan dan rujukan pada masa diperlukan. Semakan boleh dibuat berdasarkan salinan yang telah disimpan atau menghubungi urus setia untuk bantuan.

Contoh pengisian borang perisytiharan harta boleh dimuat turun menerusi eDocs > Dokumen Jabatan > Jabatan Pendaftar > Borang > Perisytiharan Harta atau klik pada pautan dokumen berikut: