Cemerlang dan perlu dikekalkan
- Warga organisasi berupaya membudayakan nilai dalam kehidupan dan perkhidmatan
- Program nilai sedia ada perlu diteruskan
- Boleh dijadikan penanda aras bagi kementerian/jabatan/agensi yang lain
Boleh diterima dan meneruskan usaha peningkatan
- Warga organisasi mempunyai kesedaran dan penghayatan nilai
- Pengurusan Program Amalan Nilai perlu ditambah baik dengan mempelbagaikan program yang bersesuaian dengan dapatan pengauditan
Perlu penambahbaikan dengan pemantauan
- Warga organisasi mempunyai kesedaran tetapi kurang penghayatan dan pengamalan nilai
- Pengurusan Program Nilai mesti difokuskan kepada pencapaian, penghayatan dan pengamalan nilai
- Intervensi Nilai mesti dibangunkan berdasarkan isu-isu spesifik yang dikenal pasti
Sangat perlu penambahbaikan dengan pemantauan
- Warga organisasi kurang membudayakan nilai dalam kehidupan dan perkhidmatan
- Tindakan segera perlu diambil untuk meningkatkan kesedaran, penghayatan dan pengamalan nilai dalam kalangan warganya
- Pengurusan Program Nilai perlu dirancang dan disusun semula dengan kaedah atau pendekatan yang lebih berkesan
- Intervensi Nilai mesti dibangunkan berdasarkan isu-isu spesifik yang dikenal pasti.