DEFINISI CIRI-CIRI NILAI DALAM
SISTEM PENGURUSAN AMALAN NILAI (SPAN 2.0)
TELUS

MAMPU
i. Setiap tindakan dan keputusan dibuat tanpa dipengaruhi sebarang unsur dalaman dan luaran serta melalui proses yang jelas dan nyata. Setiap maklumat juga perlu dihebahkan kepada pihak yang berhak selagi tidak bercanggah dengan undang-undang dan peraturan.

prpm.dbp.gov.my
ii. Mudah difahami atau diketahui (tiada hal yang tersembunyi, disangsikan dan sebagainya).

Ciri-ciri penjawat awam yang Telus:

a. Masa
i. Memperuntukkan masa untuk menerangkan mengenai prosedur atau peraturan apabila perlu;
ii. Melaksanakan tugas mengikut peraturan dan prosedur walaupun perlu disegerakan; dan
iii. Penghebahan maklumat yang benar dan disahkan sumbernya perlu dilakukan dengan segera.

b. Kuasa
i. Melaksanakan tugas mengikut prosedur dan peraturan;
ii. Mengelakkan daripada membuat keputusan mengikut budi bicara; dan
iii. Memberi arahan dengan jelas dan berhemah.

c. Keperibadian
i. Berterus terang tanpa berselindung;
ii. Berterus terang dalam tindakan tanpa dipengaruhi selagi tidak bercanggah dengan undang-undang dan peraturan; dan
iii. Komited kepada tugas dan tanggungjawab.