DEFINISI CIRI-CIRI NILAI DALAM
SISTEM PENGURUSAN AMALAN NILAI (SPAN 2.0)
BIJAKSANA

Kamus Dewan Edisi ke-4
i. Berakal budi, arif, pandai, cerdik dan berhati-hati.

Pekeliling Am Bil. 2 (2001)
ii. Tentang selok belok (teknik) mengerjakan sesuatu sehingga menjadi daya penggerak menghasilkan kualiti kerja yang berfaedah dan berkesan.

Ciri-ciri penjawat awam yang Bijaksana:

a. Masa
i. Menggunakan masa untuk meningkatkan pengetahuan supaya dapat memantapkan dan meningkatkan nilai tambah kompetensi diri;
ii. Menggunakan masa untuk menghasilkan kerja yang baik; dan
iii. Menggunakan masa untuk meningkatkan kreativiti dan produktiviti.

b. Kuasa
i. Membuat keputusan dengan pemikiran yang dinamik;
ii. Menggunakan idea untuk menghasilkan kerja yang baik dan meningkatkanprestasi organisasi; dan
iii. Berupaya menjalinkan perhubungan diplomatik antara pelbagai pihak untuk kepentingan tugas.

c. Keperibadian
i. Tenang menghadapi tugas dan masalah;
ii. Mengimbangi pekerjaan dan kehidupan secara bijaksana; dan
iii. Berilmu dan beramal.