DEFINISI CIRI-CIRI NILAI DALAM
SISTEM PENGURUSAN AMALAN NILAI (SPAN 2.0)
BERSYUKUR

Citra Karya (2003)
i. Kesediaan dan dengan rasa rendah diri mengakui sebarang nikmat Tuhan dan berterima kasih kepadaNya. Sikap terima kasih dan menghargai kejayaan, pencapaian dan anugerah yang diperolehi serta menunjukkan kepuasan terhadap nikmat yang diterima.

Kamus Dewan Edisi Ke-4
ii. Berterima kasih

Ciri-ciri penjawat awam yang Bersyukur:

a. Masa
i. Sanggup berkorban masa dan tenaga untuk menyelesaikan tugas;
ii. Berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan orang lain demi kepentingan perkhidmatan; dan
iii. Menggunakan waktu bekerja secara produktif untuk memperoleh keseronokan bekerja.

b. Kuasa
i. Komited dalam melaksanakan tugas;
ii. Bersyukur dan bersikap rendah diri dengan jawatan/kedudukan yang dimiliki; dan
iii. Menghargai kejayaan dan pencapaian rakan sekerja sebagai satu pasukan.

c. Keperibadian
i. Sentiasa bersyukur dengan pencapaian diri;
ii. Kerja sebagai satu ibadah; dan
iii. Sentiasa menghargai kejayaan dan pencapaian diri dan orang lain.