DEFINISI CIRI-CIRI NILAI DALAM
SISTEM PENGURUSAN AMALAN NILAI (SPAN 2.0)
BENAR

Kamus Dewan Edisi Ke-4
i. Tidak salah; betul.
ii. Tepat.

Pekeliling Am Bil. 2 (2001)
iii. Mengasaskan kehidupan atas kebenaran (hak) sama ada bercakap benar dan melakukan yang benar di samping memerangi prasangka serta mengetepikan khabar angin dan rasa ragu-ragu.

Ciri-ciri penjawat awam yang Benar:

a. Masa
i. Tidak menggunakan waktu pejabat untuk membuat kerja-kerja persendirian;
ii. Menggunakan waktu pejabat secara produktif; dan
iii. Pengurusan masa yang efektif dalam melaksanakan tugas.

b. Kuasa
i. Membelanjakan harta awam mengikut peraturan yang ditetapkan;
ii. Tidak melakukan kerja peribadi dengan berselindung di sebalik tugas rasmi; dan
iii. Melaksanakan tugas dengan tepat, betul dan tidak keliru.

c. Keperibadian
i. Benar dalam niat dan tutur kata;
ii. Benar dalam melaksanakan tugas; dan
iii. Melakukan sesuatu tanpa mengharapkan balasan.