DEFINISI CIRI-CIRI NILAI DALAM
SISTEM PENGURUSAN AMALAN NILAI (SPAN 2.0)
AMANAH

Citra Karya (2003)
i. Sesuatu yang diberi kepercayaan kepada orang lain untuk melaksanakannya.

Kamus Dewan Edisi Ke-4
ii. Kepercayaan yang diletakkan kepada seseorang.
iii. Kepercayaan, boleh dipercayai, jujur.

Ciri-ciri penjawat awam yang Amanah:

a. Masa
i. Menggunakan waktu pejabat secara optimum;
ii. Menyiapkan kerja tanpa lengah; dan
iii. Tidak menggunakan waktu pejabat untuk membuat kerja-kerja persendirian yang mengurangkan produktiviti.

b. Kuasa
i. Tidak mengambil kesempatan untuk kepentingan diri sendiri;
ii. Berhati-hati dalam pengurusan belanjawan (harta Kerajaan) tanpa pembaziran; dan
iii. Tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan pihak tertentu.

c. Keperibadian
i. Jujur, boleh dipercayai dan bertanggungjawab;
ii. Tidak melakukan penipuan, penyelewengan dan rasuah; dan
iii. Teliti dalam menjalankan tugas