DEFINISI CIRI-CIRI NILAI DALAM
SISTEM PENGURUSAN AMALAN NILAI (SPAN 2.0)
ADIL

Citra Karya (2003)
i. Memberi kepada yang berhak itu akan haknya mengikut kadar masing-masing, atau meletakkan sesuatu di tempatnya.
ii. Ia juga menggambarkan keberanian untuk menilai diri sendiri dan orang lain secara tegas berasaskan ilmu yang benar-benar bijaksana iaitu sama rata atau tidak memihak kepada mana-mana pihak.

Kamus Dewan Edisi Ke-4
iii. Menyebelahi pihak yang benar (bukan sesuatu, seseorang, tindakan, undang-undang, keputusan).
iv. Meletakkan sesuatu pada tempat yang betul (bukan sesuatu, seseorang, tindakan, undang-undang, keputusan).

Ciri-ciri penjawat awam yang Adil:

a. Masa
i. Menguruskan tugas mengikut keutamaan;
ii. Mengimbangi masa untuk kepentingan perkhidmatan dan peribadi; dan
iii. Merancang dan menguruskan tugas agar tidak membebankan orang lain.

b. Kuasa
i. Memberi penghargaan sewajarnya kepada yang layak tanpa unsur peribadi;
ii. Adil dalam semua tindakan tanpa mengira kedudukan; dan
iii. Bertimbang rasa dan tegas dalam pemberian tugas.

c. Keperibadian
i. Sentiasa berlaku adil kepada diri dan orang lain;
ii. Bertanggungjawab terhadap tutur kata dan perbuatan; dan
iii. Bersikap adil apabila membuat pertimbangan.