Apa itu SPAN 2.0 USIM?

SPAN 2.0 adalah singkatan kepada Sistem Pengurusan Amalan Nilai versi 2.0 yang merupakan penambahbaikan kepada Sistem Pengurusan Audit Nilai versi 1.0 (SPAN 1.0) yang dibangunkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). SPAN 2.0 merupakan pengurusan amalan nilai secara hoslitik bagi meningkatkan tahap pengamalan nilai dan integriti dalam kalangan pegawai awam serta memberi keutamaan kepada program penerapan, penghayatan dan pengamalan nilai di peringkat individu dan organisasi. Pelaksanaan SPAN 2.0 di USIM adalah berdasarkan kepada Arahan YAB Perdana Menteri Siri 3 No. 1 Tahun 2020 yang dikeluarkan pada 24 Mac 2021 dan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Bilangan 23 Tahun 2021 bertarikh 13 Julai 2021.

Objektif SPAN 2.0

Pelaksanaan SPAN 2.0

Berita

UTUSAN MALAYSIA

KLIK DI SINI

SINAR HARIAN

KLIK DI SINI

ASTRO AWANI

KLIK DI SINI

Perisytiharan Harta

Semua pegawai (staf USIM) dikehendaki mengisytiharkan hartanya, harta isteri/suaminya atau anaknya kepada Jawatankuasa Tatatertib melalui Ketua Jabatan apabila lantikan pertama, memperolehi harta baharu, diarahkan oleh Universiti atau melupuskan harta. Perisytiharan perlu dibuat sekurang-kurangnya sekali dalam lima (5) tahun termasuk pengakuan tiada perubahan ke atas pemilikan harta sekiranya tiada tambahan harta dalam tempoh tersebut.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi, ditandatangani oleh pegawai dan Ketua Jabatan boleh dikemukakan kepada urus setia di:

Seksyen Perkhidmatan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, Aras 3, Bangunan Canselori, Universiti Sains Islam Malaysia.

Kegagalan membuat perisytiharan harta boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605).

BORANG PERMOHONAN
SOALAN LAZIM (FAQ)

Kemaskini E-mel HRMIS 2.0

Semua staf USIM berstatus tetap adalah diwajibkan untuk mengemaskini alamat e-mel pada sistem HRMIS 2.0 bagi membolehkan Inventori Audit Nilai (iNSAN) SPAN 2.0 dihantar menerusi alamat e-mel rasmi USIM. Untuk mengemaskini, sila login sistem HRMIS 2.0 menerusi pautan berikut:

SISTEM HRMIS 2.0

Sistem HRMIS 2.0 hanya compatible dengan beberapa browser sahaja. Notifikasi error akan terpapar sekiranya browser yang anda gunakan tidak compatible. Untuk manual pengguna bagi Kemaskini E-mel di Sistem HRMIS 2.0 boleh dimuat turun menerusi pautan berikut:

PANDUAN KEMASKINI E-MEL DI HRMIS 2.0

6 Ciri-ciri Amalan Nilai

AMANAH

AMANAH

KLIK DI SINI

BENAR

BENAR

KLIK DI SINI

BIJAKSANA

BIJAKSANA

KLIK DI SINI

ADIL

ADIL

KLIK DI SINI

TELUS

TELUS

KLIK DI SINI

BERSYUKUR

BERSYUKUR

KLIK DI SINI

Program Amalan Nilai

Warga USIM dipelawa untuk menyertai program-program berkaitan dengan SPAN 2.0 yang mempunyai elemen nilai bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan USIM.

Inventori Sistem Audit Nilai (iNSAN)

Semua staf USIM adalah diwajibkan untuk mengisi dan menghantar Inventori Sistam Audit Nilai (iNSAN) yang dibangunkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) secara dalam talian. Inventori ini mempunyai tiga (3) indeks inventori iaitu Ideal (I), Peribadi (P) dan Organisasi (O). Staf perlu menjawab kesemua soalan di inventori ini dan menghantar respon menerusi sistem iNSAN selewat-lewatnya pada 30 November 2023. Staf dinasihatkan agar mengikuti sesi taklimat SPAN 2.0 yang diberikan oleh di PTj masing-masing atau menghubungi pihak Pasukan Pengurusan SPAN 2.0 untuk mendapatkan pertanyaan lanjut.

Sila klik pada pautan atau butang berikut untuk ke iNSAN

https://shorturl.at/jxOQ8

Maklumbalas Pelanggan

YBhg. Tan Sri/ Dato’ Seri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan,

Soal selidik ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas pelanggan berhubung tahap pengamalan nilai-nilai murni oleh Jabatan di USIM yang telah memberikan perkhidmatan kepada tuan/puan. Sila beri maklum balas anda berdasarkan kepada pengalaman atau pemerhatian semasa berurusan dengan kami. Kami menghargai maklum balas yang jujur dan rasional daripada anda.

Sila klik pada pautan atau butang berikut untuk maklum balas pelanggan

https://shorturl.at/GJNU2

Muat Turun / Download

Manual pengguna disediakan bagi membantu pengguna samada Pengurusan PTj, staf atau pelanggan USIM untuk urusan berkaitan dengan SPAN 2.0. Untuk memuat muat turun manual pengguna, sila klik pada imej berkaitan.

Inisiatif Pematuhan Pekeliling Kerajaan

Pengurusan PTj digalakkan untuk mengambil inisiatif pematuhan Pekeliling-Pekeliling Kerajaan yang berkaitan bagi peningkatan mutu perkhidmatan yang ditawarkan. Pekeliling yang dikaitkan dengan pengamalan nilai-nilai adalah seperti berikut:

No. Tahun Pekeliling Muat turun
1 2017 Pekeliling Transformasi Perkhidmatan Awam Bilangan 4 Tahun 2017 – Pelaksanaan Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Projek ICT Sektor Awam (KWAICT)
2 2017 Pekeliling Transformasi Perkhidmatan Awam Bilangan 3 Tahun 2017 – Pengurusan Perkhidmatan Komunikasi Bersepadu Kerajaan (Government Unified Communication (1GovUC))
3 2017 Pekeliling Transformasi Perkhidmatan Awam Bilangan 2 Tahun 2017 – Pengurusan Perkhidmatan Rangkaian Telekomunikasi Bersepadu Kerajaan (1Gov*Net)
4 2017 Pekeliling Transformasi Perkhidmatan Awam Bilangan 1 Tahun 2017 – Pelaksanaan Analitis Data Raya Sektor Awam (aDRSA)
5 2016 Pekeliling Transformasi Perkhidmatan Awam Bilangan 1 Tahun 2016 – Panduan Pembudayaan dan Pemerkasaan Inovasi Dalam Sektor Awam Melalui Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif
6 2015 Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bilangan 3 Tahun 2015 – Dasar Perkhidmatan Prasarana Kunci Awam Kerajaan [Government Public Key Infrastructure (GPKI)]
7 2015 Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bilangan 2 Tahun 2015 – Pengurusan Laman Web Agensi Sektor Awam
8 2015 Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bilangan 1 Tahun 2015 – Panduan Merakyatkan Perkhidmatan Awam
9 2009 Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bilangan 1 Tahun 2009 – Penambahbaikan Proses Pengurusan Aduan Awam
10 2008 Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bilangan 3 Tahun 2008 – Panduan Menambahbaik Sistem Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan Menerusi Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS)
11 2008 Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bilangan 2 Tahun 2008 – Panduan Menambah Baik Penyampaian Perkhidmatan Menerusi Penggunaan Kios di Agensi-Agensi Kerajaan
12 2008 Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bilangan 1 Tahun 2008 – Panduan Pengurusan Perhubungan Pelanggan
13 2006 Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bilangan 1 Tahun 2006 – Garis Panduan Bagi Melaksanakan Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam
14 2005 Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bilangan 2 Tahun 2005 – Garis Panduan Bagi Mewujudkan Petunjuk-Petunjuk Prestasi Utama Atau Key Performance Indicators (KPI)
15 2003 Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bilangan 2 Tahun 2003 – Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet & Mel Elektronik Di Agensi-agensi Kerajaan
16 2002 Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bilangan 1 Tahun 2002 – Garis Panduan Semakan Semula Prosedur Dan Proses Kerja Di Agensi Kerajaan
17 2001 Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bilangan 1 Tahun 2001 – Undang Di Peringkat Pentadbiran Daerah
18 1999 Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bilangan 1 Tahun 1999 – Garis Panduan Pelaksanaan Penandaarasan Dalam Perkhidmatan Awam
19 1995 Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bilangan 1 Tahun 1995 – Penggunaan Butiran Maklumat Di Dalam Borang Permohonan Dan Kriteria Tertentu Sebagai Asas Membuat Keputusan Ke Atas Permohonan
20 1993 Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bilangan 1 Tahun 1993 – Panduan Mengenai Mesyuarat Pagi
21 1992 Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bilangan 1 Tahun 1992 – Panduan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Bagi Perkhidmatan Awam
22 1991 Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bilangan 11 Tahun 1991 – Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Borang Tindakan Kerja
23 1991 Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bilangan 9 Tahun 1991 – Panduan Mengenai Pelaksanaan Dasar Persyarikatan Malaysia
24 1991 Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bilangan 8 Tahun 1991 – Panduan Mengenai Manual Prosedur Kerja Dan Fail Meja
25 1991 Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bilangan 6 Tahun 1991 – Panduan Mengenai Peningkatan Produktiviti Dalam Perkhidmatan Awam
26 1991 Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bilangan 4 Tahun 1991 – Garis Panduan Mengenai Strategi-Strategi Peningkatan Kualiti Dalam Perkhidmatan Awam
27 1991 Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bilangan 2 Tahun 1991 – Panduan Pengurusan Mesyuarat Dan Urusan Jawatankuasa-Jawatankuasa Kerajaan

Indeks Komposit Nilai

0%
2016
0%
2017
0%
2018
0%
2021
INTEPRETASI SKOR INDEKS KOMPOSIT SPAN 2.0

Pecahan Skor Indeks Komposit Tahun 2021

90.05%
Rekod Amalan Nilai

Latar Belakang Agensi, Pengurusan Program Nilai, Penguatkuasaan Pekeliling, Laporan Audit Negara, Pengisytiharan Harta, Aduan Awam, Surcaj/Tatatertib dan LNPT

89.20%
Maklum Balas Pelanggan

Pandangan pelanggan terhadap pengamalan nilai murni penjawat awam dalam penyampaian perkhidmatan

88.83%
Indeks Nilai Ideal

Mengukur ideologi individu berhubung prinsip atau tingkah laku yang ideal dalam sesebuah organisasi

83.46%
Indeks Nilai Peribadi

Mengukur pengamalan nilai diri individu

87.72%
Indeks Nilai Organisasi

Mengukur persepsi warga kerja terhadap pengamalan nilai yang berlaku dalam organisasi

Tarikh Penting

Mesyuarat PTj/Perbincangan PTj bersama Staf

PTj membuat penerangan dan hebahan berkaitan dengan pelaksanaan SPAN 2.0 dan enam (6) ciri-ciri amalan nilai yang perlu diterapkan dalam perkhidmatan awam

0
0
0
Weeks
0
0
0
0
Days
0
0
Hrs
0
0
Min
0
0
Sec

Kemaskini E-mel di Sistem HRMIS 2.0

Semua staf USIM berstatus TETAP perlu mengemaskini alamat e-mel USIM masing-masing  pada profil maklumat peribadi di Sistem HRMIS sebelum 30 September 2023

0
0
0
Weeks
0
0
0
0
Days
0
0
Hrs
0
0
Min
0
0
Sec

Pengisian Inventori Sistem Audit Nilai (iNSAN)

Semua staf USIM berstatus TETAP perlu mengisi Inventori Sistem Audit Nilai (iNSAN) SPAN 2.0 menggunakan pautan ke Sistem iNSAN sebelum 30 November 2023.

0
0
0
Weeks
0
0
0
0
Days
0
0
Hrs
0
0
Min
0
0
Sec

Pengisian Maklumbalas Pelanggan

Semua pelanggan perkhidmatan USIM seperti pelajar, ibu bapa, pesakit, pelawat, pembekal, kontraktor dan lain-lain pelanggan yang berhubung dengan kaunter dan perkhidmatan USIM dimohon untuk mengisi maklum balas sebelum 31 Disember 2023

0
0
0
Weeks
0
0
0
0
Days
0
0
Hrs
0
0
Min
0
0
Sec

Hubungi kami

Unit Integriti
Seksyen Integriti dan Pengurusan Risiko
Bahagian Pematuhan Syariah, Integriti, Pengurusan Risiko dan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SCIROSH)
Aras 3, Bangunan Canselori
Universiti Sains Islam Malaysia
Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai
Negeri Sembilan

E-mel: integriti@usim.edu.my

PASUKAN PENGURUSAN SPAN 2.0 USIM

PASUKAN PENGURUSAN SPAN 2.0 USIM

KLIK DI SINI